July 17, 2008

Perjalanan Hang Jebat ke Negara China….

Posted in Rintihan anok beranok tagged at 2:38 AM by anokberanok

Setelah hazlan pergi...ko membawa diri pula..ishkkhkkk....

Setelah hazlan pergi...ko membawa diri pula..ishkkhkkk....

Berbincang masa depan dengan para sahabat

Berbincang masa depan dengan para sahabat

Arakian, maka tersebutlah kisah yang kononnya hang jebat ingin menuntut ilmu ke negara china…..dalam keadaan negeri pahang yang huru-hara…..hang jebat telah membuat keputusan bahawa dirinya ini masih lagi kekurangan ilmu untuk mempertahankan diri…..tersentak dengan keadaan itu, lalu jebat telah sebulat suara menyatakan hasrat beliau kepada para sahabat….bagaikan halilitar yang memecah bumi, hancur luluh hati para sahabat mendengar khabar berita itu……Didalam pikiran mereka, tanpa jebat, bagaimana mereka hendak mempertahankan bumi pahang itu…sudahlah sultan jarang sekali berada di istana….Datuk Karim telah lari meninggalkan istana kerana keadaan yang tidak menentu kerana cemuh dengan janji-janji mamak bendahara…tambahan pula, dikalangan para sahabat….dato’ bahaman dan tuk kenali terpaksa ke majapahit untuk menjaga bekalan air disana………mat kilau telah berumur dan uzur, haji abdul rahman limbong sudah letih mentadbir negeri pahang…..tuk janggut baru sahaja saja berhijrah ke negeri pahang dan masih mentah dengan pergolakan dalaman……

Namun, jauh di sudut hati para sahabat….pemergian jebat ada hikmah disebaliknya…tujuan beliau adalah untuk kebaikan negeri pahang dan taraf hidup masyarakat…. malah rasulullah menuntut umatnya mencari ilmu hingga ke negara china…menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad…sahabat agak faham benar dengan keinginan jebat…kalau hendak makan nasi…maka kenalah makan nasi kesemuanya…jangan ada mee atau bubur…

Hendak dijadikan cerita, sebelum kejadian ini berlaku…haji abdul rahman limbong dan jebat pada mulanya berpakat hendak ke negara china kerana tertarik dengan ilmu kung fu dan wushu disana…mereka telah menghantar perutusan kepada maharaja china..maharaja chua soi lek…tentang keinginan mereka untuk menuntut ilmu…malangnya maharaja telah membantah keinginan mereka….kecewa mereka berdua….

namun jebat masih tidak berputus asa….lalu mengajak abdul rahman berbincang dengan maharaja….namun maharaja tetap dengan pendiriannya..abdul rahman telah berputus asa…didalam hati masih banyak tempat lain hendak berguru….Panas kepala jebat!!!….

Berbalik kepada cerita asal, sesudah beliau menyatakan hasrat kepada para sahabat…maka berangkatlah jebat pada hari jumaat…menaiki tongkang ke negara china…setiba di tengah lautan china selatan….ribut taufan telah memukul menyebabkan lautan bergelora…cemas seketika jebat! terkelu dan terkedu dengan kejadian alam ini…jebat terus mengarahkan nakhoda kapal mencari pulau untuk berselindung daripada ribut ini…setibanya di suatu pulau…tiba satu ombak besar telah menghempas tongkang dan tongkang itu karam…jebat sempat berenang ke tepian pantai….Beliau pengsan di tempat kejadian….Sesedar daripada itu, bangunlah si jebat…melihat keadaan sekeliling..jebat kebingungan…”Dimanakah hamba ini?”…..++bersambung++…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: