July 31, 2008

teRbanG Jauh~

Posted in Rintihan anok beranok at 3:38 AM by anokberanok

Ku duduk sendirian
Mengenangkan hari-hariku
Yang telah berlalu
Dan yang akan berlalu

Ingin ku tebarkan sayapku
Ku ingin terbang
Tinggi
Jauh

Ku ingin membelah angin lalu
Ku tak mahu duduk diam
Bersahaja
Ingin ku terbang jauh
Dari duri-duri itu
Yang kian menusuk diriku

Dalam kesunyian itu
Ku tangisi seorang diri
Ku terasa sangat sukar
Untuk menghadapinya

Ingin ku luahkan
Kepada mereka
Namun mereka tak bisa memahami
Mereka tak mampu memberikan penyelesaiannya
Meskipun teman rapatku sendiri

Ternyata
Hanya kepadaNya
Tempat ku bergantung
Hanya Dia yang memahami
Keadaan ku kini

Aku masih belum mendapat kepastian itu
Ku rasa sungguh berat di dadaku
Tersimpan seribu duka
Yang teramat

Kala kesunyian itu
Ku teringat wajah-wajah itu
Insan yang ku sayangi
Alangkah bahagia
Kiranya dapat ku ketemu

Hati ku terasa pilu
Namun
Masih terdapat secebis semangat
Aku bukan insan lemah
Yang mudah mengaku kalah

Ku tahu
Inilah ujian dariNya
Yang perlu aku harungi
Meskipun terasa berat

Jangan ku lupa
Masih ramai insan
Yang lebih banyak merasai keperitan
Keperitan ku
Hanya sementara

Kelak
Sinar bahagia akan menyinar
Dan aku
Akan akan bisa mengecapinya

Maka
Bersabarlah
Ku pasti boleh
Mengharunginya!

July 19, 2008

” the adventure of Anok Beranok “

Posted in Kisah Anok Beranok at 9:15 AM by anokberanok

PERPISAHAN
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan – seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

KEINDAHAN KEHIDUPAN
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalianĀ  adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.

SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

LAGU GEMBIRA (K-BOX)
Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan bersama hati-hati yang gembira.

**pecoh lagu pah ceroh..haha

July 17, 2008

Perjalanan Hang Jebat ke Negara China….

Posted in Rintihan anok beranok tagged at 2:38 AM by anokberanok

Setelah hazlan pergi...ko membawa diri pula..ishkkhkkk....

Setelah hazlan pergi...ko membawa diri pula..ishkkhkkk....

Berbincang masa depan dengan para sahabat

Berbincang masa depan dengan para sahabat

Arakian, maka tersebutlah kisah yang kononnya hang jebat ingin menuntut ilmu ke negara china…..dalam keadaan negeri pahang yang huru-hara…..hang jebat telah membuat keputusan bahawa dirinya ini masih lagi kekurangan ilmu untuk mempertahankan diri…..tersentak dengan keadaan itu, lalu jebat telah sebulat suara menyatakan hasrat beliau kepada para sahabat….bagaikan halilitar yang memecah bumi, hancur luluh hati para sahabat mendengar khabar berita itu……Didalam pikiran mereka, tanpa jebat, bagaimana mereka hendak mempertahankan bumi pahang itu…sudahlah sultan jarang sekali berada di istana….Datuk Karim telah lari meninggalkan istana kerana keadaan yang tidak menentu kerana cemuh dengan janji-janji mamak bendahara…tambahan pula, dikalangan para sahabat….dato’ bahaman dan tuk kenali terpaksa ke majapahit untuk menjaga bekalan air disana………mat kilau telah berumur dan uzur, haji abdul rahman limbong sudah letih mentadbir negeri pahang…..tuk janggut baru sahaja saja berhijrah ke negeri pahang dan masih mentah dengan pergolakan dalaman……

Namun, jauh di sudut hati para sahabat….pemergian jebat ada hikmah disebaliknya…tujuan beliau adalah untuk kebaikan negeri pahang dan taraf hidup masyarakat…. malah rasulullah menuntut umatnya mencari ilmu hingga ke negara china…menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad…sahabat agak faham benar dengan keinginan jebat…kalau hendak makan nasi…maka kenalah makan nasi kesemuanya…jangan ada mee atau bubur…

Hendak dijadikan cerita, sebelum kejadian ini berlaku…haji abdul rahman limbong dan jebat pada mulanya berpakat hendak ke negara china kerana tertarik dengan ilmu kung fu dan wushu disana…mereka telah menghantar perutusan kepada maharaja china..maharaja chua soi lek…tentang keinginan mereka untuk menuntut ilmu…malangnya maharaja telah membantah keinginan mereka….kecewa mereka berdua….

namun jebat masih tidak berputus asa….lalu mengajak abdul rahman berbincang dengan maharaja….namun maharaja tetap dengan pendiriannya..abdul rahman telah berputus asa…didalam hati masih banyak tempat lain hendak berguru….Panas kepala jebat!!!….

Berbalik kepada cerita asal, sesudah beliau menyatakan hasrat kepada para sahabat…maka berangkatlah jebat pada hari jumaat…menaiki tongkang ke negara china…setiba di tengah lautan china selatan….ribut taufan telah memukul menyebabkan lautan bergelora…cemas seketika jebat! terkelu dan terkedu dengan kejadian alam ini…jebat terus mengarahkan nakhoda kapal mencari pulau untuk berselindung daripada ribut ini…setibanya di suatu pulau…tiba satu ombak besar telah menghempas tongkang dan tongkang itu karam…jebat sempat berenang ke tepian pantai….Beliau pengsan di tempat kejadian….Sesedar daripada itu, bangunlah si jebat…melihat keadaan sekeliling..jebat kebingungan…”Dimanakah hamba ini?”…..++bersambung++…….

July 9, 2008

Mari kita berfikir sebentar…..

Posted in GLoBaliSasI-an tagged at 4:05 AM by anokberanok

Surat terbuka untuk PM


Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….

Blah

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana ??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la….tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta….

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…

Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

*surat ni dijana oleh komputer cap kambing, tiada tanda tangan diperlukan

July 8, 2008

Antara realiti dan fantasi….

Posted in Trivia tagged at 7:09 AM by anokberanok

tahukah anda..kite manusia ini pasti sampai masanyer akan tua….sebelum anda tua..apakah yang sedang bermain difikiran anda? kerjaya!…pelajaran!….rumahtangga….

ketiga-tiga ini adalah penting dalam hidup manusia……tapi..dalam byk-byk tu…(tiga benda nie) mane satu yang paling penting?…

Sebelum korang semua menjawab soalan bodoh nie..biar aku bg hints skit…

Kerjaya

(+ve side) kerjaya penting dalam kehidupan manusia…klu xde kerjaya, korang nak makan aper…xkn nk ble ekor kot…..

(-ve side) klu korang xde ilmu pelajaran, ko nk kerja aper…umur klu muda lagi patut timba ilmu dlu..bkn timba air parit dan sbgnyer…

Pelajaran

(+ve side) pelajaran nie penting dlm kehidupan manusia…org tua kte, belajar sampai ke negeri china…

(-ve side) xkn korang nk belajar sampai ke tua…ble mase ko nk kerja…umur plak camaner?…competition dgn graduan lain?

Rumahtangga

(+ve side) dh lumrah, setiap manusia hendak berkahwin…mengembangkan zuriat…menjaga maruah..dan so on yg baik-baik belaka….

(-ve side) utk berumah tangga, at least ko kne ade skit pelajaran dan kerjaya….camaner ko nk kawin klu xde pelajaran dan kerja….

semua nie…hint jer…bkn jawapan…korang pikir2 kn sendiri…dan jgn malu2…commentkn kt kte org….

alhamdulillah….

assalamualaikum semua…

“anok beranok buat program realiti?? “

Posted in Aktiviti Anok Beranok at 1:54 AM by anokberanok

Kuantan, Selasa, 8 Julai 2008 – Anok beranok kini semakin berkembang maju ke depan. Terbit dgn idea & buah fikiran baru, anok beranok kini cuba membuat pembaharuan & kelainan dr sebelumnya dgn melahirkan satu program realiti baru yg berunsurkan kemanusiaan. Menurut penerbit rancangan realiti tersebut, Anuar yg bercakap di bilik berita,”Ohoi..kami cuba mengembangkn ape yg sedia kembang dgn cuba meng’explore’ ke satu bidang yg belum pernah kami explore sblm ni.Bkn ape,kami x mahu peminat2 blog kami di luar sane bosan, jd kami cuba sebaik mgkn memberikn kelainan utk stiap cerita @ berita yg kami paparkan di blog kami..ke guane??kemah sek kite!! Program yg di beri name “BERSAMAMU” itu telah pun menemui peminat sejak 2,3 jam lepas.. -Bernama

July 2, 2008

“Kasih Terpisah (adaptasi dr lagu kasih tercipta)”

Posted in Rintihan anok beranok at 6:43 AM by anokberanok

siapala kami..di staff tirikan..IBH kate pergi..JBA kate mari..sob sob T_T.. pemergian kami mengundang 1000 mcm persoalan..knp kami??mengapa???arghhhh!!!!

hei hei..nk thu kisah selanjutnya??knp kami wat post cmni??tunggu sambungannya…….